Owner Link Tales
g0c!-goc!
My First Sweet Short Story
Saturday, March 10, 2012 | 8:10 PM | 0 wink


Aku Bisa Menjadi Kekasihmu
 Bab 1

      “Izara…bangun nak… dah pukul berapa ni. Kamu tak nak cari kerja ke hari ni.”suara merdu puan Fatimah sudah kedengaran.

“Ish.. mak ni kacau la.. Orang baru mimpi jadi Cinderella taw. Mak ni potong stim la. Bukan senang anak mak yang comel lagi jelita ni nak dapat mimpi jadi puteri raja.”terdengar rungutan aku di pagi hari yang indah ini.

“Takdenya putera charming nak perempuan bangun lambat macam kamu nak oii.. Kalau ada pun putera dari negara Tanjung Rambutan atau dalam erti kata lain putera yang gila je yang nak perempuan bangun lambat macam kamu ni”sindir emak kepada aku.

 Berdesing telinga aku di pagi hari apabila radio karat emak aku sudah berbunyi. Ish emak ini tidak bagi peluang langsung dekat aku hendak menyambung tidur. Awal apa hari ini aku bangun, selalunya pukul sebelas baru aku bangun, hari ini entah apa mimpi entah aku boleh terbangun awal walau pun awal satu jam sahaja. Apa aku nak buat hari ini , nampaknya rancangan joli katak aku akan bermula sejam dari sekarang.

 “Emak…I’m coming.. Anak mak yang jelita dan comel nie dah bangun. Hari ni zara malas nak keluar cari kerja tapi zara nak pergi jalan dekat bandar..”suara ceria aku seperti kanak-kanak riang ribena sudah terkeluar.

“Ikut suka kamu lah. Anak emak nie memang perasan comel lah tapi kalau pandang dari sisi tepi memang la comel tapi kalau pandang dari depan tak berapa lah…”jawab emakku selamba.

“Sampai hati emak..ni yang touching di pagi hari ni. Ye lah kan emak mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..” aku memerli emak.

Bab 2

          Setelah bersarapan aku pun bersiap-siap hendak ke bandar Segamat. Dengan memakai pakaian mengikut piawaian permakaian aku, aku pun melangkah keluar dari rumah dengan gaya bersahaja tanpa mempedulikan pandangan tajam dari emak dan ayah ku.

“Apa nak jadi dengan kamu ni, nama saja perempuan tapi berpakaian serupa lelaki..di suruh kerja dengan ayah tak mahu kononnya nak cari kerja sendiri tapi sampai sekarang tanam anggur dekat rumah..dapat tawaran sambung master pun kamu tak nak katanya nak kerja. Aduh pening kepala ayah dengan  perangai kamu ni. Susah sangat ayah kawin kan saja kamu ni dengan anak kawan ayah tu…” bebel encik Samat kepada aku.

 Alahai apalah malang nasib aku pagi ini dapat tazkirah free dari ayah. Ini yang aku allergic kalau ayah cakap pasal kahwin.

 “Ala ayah ni tak baik taw marah-marah dekat anak ayah yang manja ni tak baik untuk kesihatan anda..”dengan lagak seorang doktor aku membalas setiap das tembakan yang ayah lepaskan kepadaku
.
“Ok lah wahai raja dan permaisuri, patik ingin bersiar-siar dibandar. Sayang emak dan ayah..”balasku lagi sambil mencium tangan mereka.

Aku mencapai topi keledar dan mula menghidupkan enjin motor EX-5 kepunyaan aku bukan aku tidak mahu menaiki kereta kelisaku cuma hari ni cuaca cerah dan sepoi-sepoi bahasa sesuai naik motor sahaja. Selepas memberi salam aku terus meneruskan perjalananku ke bandar. Alamak ‘my dream car’ lah, kereta apa lagi kalau bukan Mini Cooper S . Sedang aku terleka melihat kereta idaman akutanpa aku sedari aku terlanggar lampu merah, berdecit tayar kereta Mini Cooper S tadi menekan brek.

“Oiii, gila ke apa, agaknya da buta dah mata kau tu sampai dah tak kenal mana lampu hijau dengan merah.”marah pemandu kereta kepada aku.

Semacam kejutan elektrik ke otakku apabila si pemandu bersikap kurang ajar kepadaku. Aku menolak motor ku ke tepi jalan dan hanya  melihat kereta tersebut berlalu dengan perasaan sebal.

‘Ish kalau ikut hati aku mati dia aku belasah tadi..’bisikku geram di dalam hati
.
 ‘Eleh, macamlah kuat sangat nak belasah orang..’bisik satu suara lagi.

 ‘Wei ini Izara Liana lah sape tak kenal aku pemegang tali pinggang hitam dalam taekwando…’ kedengaran satu lagi suara bergema di ruang hati.

 Hilang sudah mood aku untuk joli katak di bandar tanpa aku melengahkan masa aku pun memberi signal untuk U-turn balik ke rumah. Sampai saja di rumah aku terlihat kereta Mini Cooper S yang melanggar aku tadi tersadai di sebelah rumahku.

‘Oh rupanya dialah jiran baru yang emak aku cakap minggu lepas. Jagalah kau nie Izara Liana lah, aku akan pastikan kau menyesal sebab marah-marah aku tadi.’bisik ku di dalam hati.
Bab 3

          “ Assalamuailaikum emak dan ayah, mak sape yang baru pindah tu emak…” tanyaku kepada emak.

 “Aik…takde hujan takde ribut awal zara balik hari ni. Kawan ayah kamu yang di Melaka tu dapat naik pangkat jadi ketua cawangan di syarikat Emas Holding, lagi pun dia tu kawan baik ayah kamu masa di universiti dulu. Hah, kenapa muka kamu ni macam tempe basi je. Kata tadi comel dan jelita, mesti ada yang tak kena ni..”tanya emakku.

 “Takde apalah emak, tiba-tiba je terasa rajin nak tolong emak masak hari ni..”balasku kepada emak.

 “Abang, saya rasa anak dara abang ni dah buang tabiat hari ni..”sindir emakku.

Amboi mulut emak ini memang tiada insuran. Agaknya lupa hendak renew tarikh luputnya.

 “Alah mak ni, Zara kan perempuan mestilah kena pandai masak lagi pun tak lama lagi zara nak kahwin..”tipuku kepada emak.

Ya Allah berdosanya aku buat dosa basah dekat emak aku tidak mengapalah mak darurat ini sahajalah cara aku hendak kenakan ‘mamat separuh tak siap tu’ merangkap anak kawan baik ayah aku.

 “Kamu nak kahwin dengan siapa Zara? Setahu emak semua budak lelaki takut dengan anak emak ni..”tanya emak kepadaku.

“Adalah..biarlah rahsia dan no comment…”balasku sambil mengajuk lagu Dato’ Siti Nurhaliza dan gaya artis tempatan bila diterjah di dalam Melodi.

Seperti yang aku jangkakan ayah dan emak pasti menjemput jiran baru untuk makan malam di rumah kami. Yes inilah saatnya untuk aku membalas perbuatan ‘mamat separuh tak siap tu’. Aku bersiap lagaknya seperti seorang puteri. Aku memakai baju kebaya yang dihadiahkan oleh arwah nenekku di ulang tahunku dua tahun lepas. Pipi mulus, ku oles dengan make up yang sederhana bagi menyerlahkan keanggunanku. Setelah berpuas hati dengan penampilanku, aku mula menurun tangga dengan gaya manis dan control ayu.

“Asalamualaikum semua…”ucapku dengan suara yang sengajaku lunakkan.

 Semua mata memandangku, yang tidak tahannya emak dan ayahku terlopong mulutnya melihat perubahan drastikku tapi aku tetap membuat muka selambaku. Aku menarik kerusiku di sebelah ‘musuh ku dalam diam’ dan dengan sengaja aku memijak kakinya di bawah meja. Tersenyum aku melihat mukanya menyeringai menahan sakit.

‘Huh rasakan, itu baru sikit je aku balas’ bisik aku di dalam hati.

Dia memandangku dengan wajah terkejut mungkin dia terkejut dengan kejelitaanku.

‘Ish, ni lah perempuan yang berangan masa bawa motor tadi, dia ingat aku tak cam ke muka dia tapi cantik jugak dia ni…’bisik Farish Azhar di dalam hati.

Bab 4

          Inilah masanya untuk membalas dendam kepada ‘mamat separuh tak siap tu’.

 “ Emak, ayah sebenarnya kami dah lama berkenalan, kami dah lama bercinta. Mesti uncle and aunty pun tak tahu jugakkan…”kataku dengan bersahaja.

Alamak aku tidak tahu pun yang dia ini sudah berkahwin ke belum, yang paling teruk nama dia pun aku tidak tahu  tapi aku puas hati bila aku lihat dia tersedak di depan semua orang.

 “Farish Azhar, betul ke kamu bercinta dengan anak kawan papa ni. Senyap-senyap je budak ni dah bersatu. Kita baru nak merancang tapi dia dah bercinta senyap-senyap je tapi bagus jugak boleh lah kita teruskan rancangan kita untuk kahwin kan budak berdua ni bulan depan tak payah nak bertunang memandangkan dia berdua dah saling bercinta. Apa kata kamu sekeluarga…”balas papa Farish.

Semua orang di meja makan tersenyum dan mengangguk kecuali aku dan dia.. Alamak inilah namanya rancangan makan tuan. Nama dia pun aku baru tahu, aku menatap wajahnya .

‘Mmm..boleh tahan jugak kacaknya. Kenapa dia tersengih macam kerang busuk dekat aku. Matilah aku kalau dia pun setuju..’bisikku dalam hati sambil membuat muka tidak rela untuk dikahwinkan dengan dia.

‘Tadi kau nak kenakan aku sangat kan, biar aku tolong tambahkan perisa cerita rekaan kau tu.Huh nasib baik aku tahu nama dia masa mama bagi tahu nak makan malam di rumah kawan papa tadi..’ bisik Farish Azhar di dalam hati.

“ Memang kami berdua dah lama bercinta. Izara Liana yang mintak Zhar rahsiakan hubungan cinta kami. Katanya nak bagi kejutan kepada semua. Betulkan sayang..” balas Farish Azhar dengan bersahaja
.
Masa ini aku pula yang tersedak mendengar jawapan selambanya. Dia yang aku harapkan tapi dia yang tidak boleh diharap.

“Amboi.. sedapnya mulut kau panggil aku sayang…”gumamku perlahan sambil memijak kakinya sekuat hati, aku menganggukkan kepalaku tanda mengiakan kata-katanya.

Emak dan ayah aku mengucapkan kesyukuran terhadap DIA yang esa mungkin bagi mereka anaknya masih seorang perempuan walau pun zahirnya agak kasar.

Bab 5

           Aku termenung dijendela tingkap sambil mengingati  kelancangan mulutku di waktu makan malam sebulan yang lepas. Benarlah kata pepatah mengatakan kerana pulut santan binasa, kerana mulut aku kena kahwin paksa, sadis sungguh cerita hidup aku. Semenjak peristiwa sebulan yang lepas keluarga aku telah membuat persiapan perkahwinan di antara aku dan dia. Dia pun sudah lama aku tidak nampak. Dia tidak kisah ke kena kahwin dengan aku. Entah-entah dia ini tiada perasaan atau dalam kata lain ‘aci redah’ sahaja tapi mana ‘aci’ aku yang jadi mangsa.

‘Apa aci-aci, aci kat India lah, tu lah kau yang mulakan dulu siapa suruh memang padan muka kau nak tak nak kau kena hadap muka dia hari-hari bila dia dah jadi suami “tercinta” kau…’bisik hati kecilku.

Hari yang aku harapkan untuk tidak tiba di dalam hidupku akhirnya  tiba juga. Andainya aku ada pintu ke mana sahaja macam Doraemon pasti aku sudah melarikan diri ke negara Afrika ea silap ke Jepun ke tapi aku tiada alat canggih macam itu, mahu atau tidak aku sudah pun didandankan dengan cantik. Ramai yang memuji kejelitaanku dan terpaksaku menghadiahkan senyuman plastik tong sampah kat diaorang.

“Aku terima nikahnya Izara Liana Bte Samat dengan mas kahwinnya sebanyak dua puluh ringgit tunai” terdengar suara gemersik Farish Azhar menghantar satu gelombang rasa di hatiku.

 Dengan sekali lafaz aku telah menjadi isteri yang sah kepada seorang lelaki yang bernama Farish Azhar Bin Ibrahim. Menitis air mataku ketika mendengar bacaan ta’lik  yang dibacanya. Tatkala dia memberi salam kepada ku untuk melakukan upacara pembatalan air sembahyang  aku terpesona melihat ketampanan wajahnya  dan  aku jatuh cinta kepada suamiku sendiri. Perlahan-lahan aku menjawab salamnya dan menerima huluran tangannya dan air mataku menitis lagi apabila dia mengucup dahiku. Kini sedarlah aku bahawa aku bukan lagi tanggungjawab ayah dan emak. Selesai sahaja majlis persandinganku aku terus membawa diri ke bilik. Walaupun terdengar suara-suara yang mengusikku.

 “Awal tidur Zara, selalunya kamu lah yang jadi burung hantu selagi tak dipaksa tidur takdenya kamu nak tidur..”.

Emakku bersuara di tengah keriuhan, saudara maraku apa lagi gelak sakan mereka mentertawakanku.

 “Ish, tak lari tak kekasih hati kamu tu..”balas emak mentuaku pula.

 Aku hanya tersenyum malu dan naik ke bilik.Setiba sahaja aku di bilik hatiku menjadi berdebar semacam. Aku memberi salam kepada suamiku. Perlahan tangan ku ditarik dan aku duduk menghadapnya di birai katil.

“Sayang, abang ingin berterus terang tentang perasaan abang terhadap sayang. Abang jatuh cinta pada sayang masa abang marah-marah dekat sayang dulu. Abang rasa menyesal dan bila abang patah balik abang tengok sayang tiada. Abang redha mungkin antara kita mungkin tiada jodoh tapi abang terbuka hati untuk mengikut mama dan papa untuk mengikuti majlis makan malam di rumah sayang. Abang terpesona dengan kecantikkan sayang dan di dalam hati abang berharap sayang akan menjadi kekasih hati abang dan bila sayang mereka cerita yang kononnya kita ini pasangan kekasih abang rasa peluang abang untuk mendapatkan sayang cerah. Abang terus mengiakan kata-kata sayang dan abang berharap abang dapat menjadi suami yang mencintai sayang seumur hidup abang..”kata-katanya meresap jauh ke sanubariku dan tanpa sedar air mataku mengalir dan dengan perlahan aku melentokkan kepalaku dibahunya sambil memeluknya.

Inilah kisah aku dan dia . Aku bisa menjadi kekasihmu dan aku juga bisa menjadi musuhmu. Cinta yang hadir tiadaku duga, dari lawan menjadi kawan, dari musuh menjadi suami dan apa yang penting ‘kerjasama’ eh silap aku amat mencintai ‘mamat separuh tak siap’ ku.

TAMAT

p/s:
Mungkin bagi sesetengah individu, perkahwinan mesti didahulukan dengan salam perkenalan beralih ke alam percintaan dan seterusnya mengikat tali pertunangan dan hubungan perkahwinan yang abadi. Namun kuasa ALLAH selalu di luar jangkauan hambanya, mungkin tanpa kita sedari insan yang ditakdirkan untuk kita selalu dekat dengan diri kita cuma hanya kita sendiri yang tidak menyedarinya.

Salam perkenalan dari Zamiliana Mdyazam.Ini adalah percubaan pertama saya. Harap beri tunjuk ajar dan saya pasti semua orang layak di beri peluang kedua andainya percubaan pertama tidak membuahkan hasil yang memuaskan.

HARI PALING SWEET DALAM HIDUP AQ??????
Tuesday, June 21, 2011 | 1:49 AM | 1 wink
Salam.... nak dgr satu citer x...atau dlm bhse glamor nye aq nak ceciter kat kowang nie..
One fine day.....aq pon bersiap2 dgn cepat untuk pergi ke kelas chemi... dlm perjalanan yg amat jauh dan penuh berliku..huhuhu...dan di tgh terik matahari aku pin berjalan dgn laju sekali...tiba2 ad bunyi seperti nangka busuk jatuh...buk.... la rupe2 nye yg jd nangka tu adalah aq..kaki aq tersadung dekat penutup lonkang dan akibat nya kaki dan tgn aq mengalami kecederaan ringan so sad....da la nak exam petang tu n mlm nie....ALLAH byr cash kat aq.....
@ja-aj@ fighting.....
Monday, January 17, 2011 | 10:27 PM | 0 wink
salam semua....
nie my first time dpt result terok....
cedih sgt...
msew mlew2 masok cnie...
aq da janji pd diri aku pling rendah pon 3.00
sepanjang sem lpas
aq berjaya merialisasi kan target aq...
aq happy gler msew tu..
namun di sem 2 nie result aq tergelincir skit dr target aq
yg lg menyedih kan tu
pra test satu nie aq dpt kurang ag 0.8 je nak cukup 3.00
aq ag taw kat parents aq...
dye owg x marah sbb dye owg taw..
silibus mkin susah....
ayh ckp 'ala lg skit nak dpt 3.00'
'kira ok la tu...'
n mak ayh aq pesan...
hidop nie cam roda...
kadang2 atas...
kdng2 kat bwh...
x pe aq akn buktikan PA aq nnti..
aq akan berjuang hingga ke titisan dakwat pen yg terakhir...
cewahhhh!!!!
bkn ape aq nie berjuang di medan ilmu...
so keep it up...
i know i can do it...
x pe la drop skit je
perjuangan aq lom terhenti ag...
wahai rakan2 sepejuangan ku...
mari kita melancarkan misi kita
ia itu utk dpt 4.00 PA ti....
i wish u all good luck...
pastikan kita melakarkan sejarah di kolej niew
 matrik kau tetap di hati ku...
aq akn pasti kan disini la bermula kejayaan aq tuk ari nie
n hari2 yg mendatang...

ish3!!!!!
asik berfalsampah je aq nie..
huhuhuhu..
kan apew tuk dr aku n owg len gak...
k la nak break...
salam satu kmph..
dan salam satu malaysia
my bff gone away...
Saturday, December 11, 2010 | 9:51 AM | 0 wink
salam....
aq ad ctew cedih....
my best frenz kuar dr matrik esk.... mmmm...
buat insan yg bernama Siti Kalthum...
aq doakan ko bahgia wlau kat mnew ko berada...
harap ko pilih pilhan yg tepat utk hidup ko....
but there has something aq nak kau taw....
masih ad yg syg kat ko.....
cme kdng2 ksih syg tu x terzahir oleh mata kasar kita...
mata manusia kan skew menutup kebenaran yg hakiki...
hanya nampak kebatilan je....
hakiki nyew hilang ntah ke mana...
syg sgt kat ko...... ko lah insan ketiga yg jd best frenz aq....
sepanjang hidup aq 18 thun nie....
aq mungkin x ramai kwn....
tp kwn yg ramai x bermakna law x serasi kan....
tol x???????
mmmm best jgk kan law ad yg serasi nagn kte wlau pon slalu gaduh....
manusia memng mcm tu saat ad x pernah hargai...
bila hilang kat mata baru terasa nak hargai....
nyesal x sudah....
mmmmmmm.......
hidup nie kan pentas opera sepatah lgu Wing tu....
kita akn berlakon wtk2 yg kita pilih sndiri.....
aq memilih falsafah hidup aq.... syg pd yg sudi...
setia pd yg menghargai....
dan sujud pada yg hakiki......
                  kenangan terakhir bersama2 my bff...........                       




wajah2 ceria sebelum berlalu dr hidup aq....

hehehehe...
aksi2 candit kitaowg....
kelas 2d09 memang gempak...

makan2 smbil posing..huhuhuhu
ad yg cover cun seh....
spew la tu ek????
hehehehe
aku bengang gler.....
Wednesday, December 8, 2010 | 7:54 AM | 0 wink
salam kengkawan...
aq ad lah prob nie...
td aq mtk tolong kwn aq topup kan sebab urgent...
pastu aq tersalah bg no kat dyew..
dye plak da topup kan no tu...
so aq dgn baik hati nya..
slow talk ngan dak yg dpt topup free tu suruh dye plang blik..
dgn selamba dye ckp yg dye x dpt topup tu..
padahal msg reload da succesful..
geram nye la rsew hati...
npew mesti nak tpu...
n bdk tu dgn selamba ckp ko gler kew hah..
aq x amek pon wit tu..
pedulik ape ko halal kan ke x...
aq da dpt aq pnyew la...
hai  da ckp cmtu pun masih x ngaku yg dye da dpt topup tu..
panas nya hati..
 sapew2 pon jgn la dekat dgn aq sbb perasaan aq x stabil lg nie..

sabar ja la hai hati.. ALLAH ad blsan utk dye... rsew cam nak blasah jek dak tu..
hehehehe cam kuat je nak blasah owg..
x pe lah biar la dia..
itu urusan dye dgn ALLAH...
dia tanggung la dose dia menipu dgn aq... 
moga termakbul la doa2 org yg teraniaya...
aminnnn.....
pe mau nye ati???
Friday, December 3, 2010 | 6:41 AM | 0 wink
one fine day i will found my true love...
isk9.....
sob9....
cedih bila memikirkan cinta yg dtg hnya satu persinggahan...
cinta tu cam 'kentut'
nak di lepas malu....
nak di tahan gelisah...
terok nye perumpamaan yg aku ag..
huhuhu...
cinta....cinta....cinta....
ada apa dgn cinta?

H.A.C.K.S
Hanya Aku Cinta Kau Seorang..
dan yg menjadi masalah nye aq syok sendiri..
huhuhuhu
tu la mksd di sebalik nya..
my heart will be lonely without ur smile,
awk2
sy syg sgt2 kat awk..
tp ite alu...
tatot awk rejek ite,
awk2 ite nak taw spe dlm ati awk..
npe akhir2 nie awk menyepi dr ite...
ite indu...
tp ite alu nak ule kan dulu..
awk slalu gula2 kan perasaan ite..
awk hdir saat ite di tggl kan si dia..
asalah nye ite asih tatot nak bercinte...
@ku n@K taw sal c!nt@...
| 6:23 AM | 0 wink
adakah kita cinta seseorg tu
bila kte skew tgk dia tersnyum
or
kte gelisah tgk dia berduka..
walaupun
kadang2 kita x bermakna di hati dia...
siapa aku di mata dia..
teman,
kekasih,
or sahabat...
kata owg
dari persahabatan amat senang bertukar kepada cinta
tapi...
jarang dari cinta bertukar menjadi persahabatan..
seronok tgk owg len loving2...
aku pun nak gak...
tapi nak wat cam ne..
i student ag..
ceh wah ayt cam bagus jek...
i decide nak berenti bljr...
n nak keje gov...
sbb i rse mlas nak beban kan otak i yg 'kureng' nie..
huhuhu
so i nak amek epjj kot...
belajar sambil kerja...
so wish me good luck....

rawrr!
CINTA SAYA HANYA UNTUK KEKASIH HALAL SAYA :) sowg yg sederhana jek...cantik x de..comel tu bnyk hehe...perangai gler2....sy x baik sbb tu sy nak SOMEONE yg lbih baik untuk bimbing sy..
Well said :
One of the best deeds is making a believer happy. It means paying his debt and meeting his needs and removing whatever hardships that exist ... Prophet Mohammad ( peace be upon him)